Sunday, February 6, 2011

x salah untuk kita amalkan~~


Bismillahirrahmanirrahim..
Berikut adalh hasil pencarian saya yg sebenarnya..alhamdulillah...(hyp2..jgn fikir lain..)
Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…
1.  Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)
Yang bermaksud:
“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)
Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:
“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”
Memanjatkan doa..
2.  Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :
“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”
Ertinya:
“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”
3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.
“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”
Ertinya:
Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.
4. Doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74
Yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)”
5. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
6. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
7. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.
8. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.
Surah al-fatihah
Sekian, terima kasih.
p/s: Post ini juga copy paste semata2..buat tatapan kpd sesiapa yg memerlukannya..=) Saya tolong carikan je..

Doa~~


Assalamualaikum wbt..

Ahlan wasahlan kpd saudara saudari yang singgah di blog ini..
Hari ini saya ingin berkongsi sdikit entry yang boleh memberi manfaat kpd kita semua.
Saya terjumpa artikel ini ktka saya sdg mencari doa untu mndapat jodoh yg baik dan soleh..ehem..!

Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :
1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]
6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,
laila.jpg
Kemudian mengatakan, fighrli.jpg atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]
7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]
8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]
Wallahu’alam.

p/s: notes ini adlah copy paste semata2. Tujuan nya adlh utk perkongsian bersama.
      Selamat Beramal...

Wednesday, February 2, 2011

bahgianya diriku...

Assalamualaikum semua....

mood hari ini:
alhamdulillah, sgt gembire..=)

pertamanya, trima kasih pd mak yg dah masakkan nasi ayam yg sgt sdap utk kami sekeluarga,,,waah, memg best, dah lme xmkn mskan mak...huhu..

hmm, keduanya trima kasih pada mak krn mengizinkan saye pergi ke rumah cikgu hajar ptg tadi..
dapat jgk ak lpaskan kerinduan pd cikgu n jge kawan2 yg sgt ak sayang...

thanks very much ckgu hajar sbb masakkan makaroni yg sdap utk kmi,,thanks jgk utk natek krn bawe kn kami mee bandung..hehe..mmg best lah..

tapi, maaf la cikgu n smua, saye xdpt nk bwk ape2 sbb prncgn utk pegi tu last minute..huhu...laen kali yeh...

hmmm,, ape pn, sbenarnye, ade ssuatu yg aku nk cerite n sampaikn kat sini...

pertamenye, ak gembire bile dgar kwn2 ak dah start berblogging, sempat jgk ak mlawat ke blog natek td...memg best lah, tp xlarat ak nk gelak ngn crite die...anyway, nery nice!

keduanye, ak sgt seronok dpt jmp ngn kwn2 skolah...bg aku, klu ak jmp korg semua, hmpir semua mslh ak akn slesai, nak katenye, korg smua sgt bermakne dlm hidup ak..

klu korg nk tahu, baru saat ni aku rase, gap antare kita boleh dipupuskan, ak xtaw knp mase skolah dulu terasa mcm ade yg x kna je antare kita semua, seolh2 ad gap yg mjauhkn kita semua,,,sejujurnya, saat ak mlihat wajah teman2, ac, natek, najwa, nina td, ak rase persahabatn kita semua smkin lgkap dan akrab..ape yg memisahkn kita sblum ni ye???ntahlah...........tp aku rase ak tau jwpnnya...hmm,,, biarlah rahsia...
kwan2 aku smua skg ni, dh smkin hmpir dgn kjayaan mreka, ak sgt bhgia, kejayaan yg ak mksudkan buknlah semate2 tntg peperiksaan kalian, tp kejayaan tntg bgmna kalian mgenal erti khdupn,
ape yg aku nmpak, masing2 dah tau ke mane hala tuju mreka slps ni, tp ak????adkh ak pasti dgn hala tuju diriku sndiri...ku sdg mncari~~~

em,, never mind about that, alhamdulillah, ak still boleh survive....

ketigenye, hari ni mood ak yg terbaik skali utk comment on fb, huh..slame ni mmg ak xberminat, malu lah kn,, smua post n comment kite org bace, aku ni seorg yg sdikit privacy, xsuka sgtlah klu nk kecoh2 kt tmpt public, tpiiiiiiiiiii, ak mmg suke bace post kwn2 ak, at least, ak tahu perkembgn mreka smua...

ak ni mmg kwn yg prihatin...cume korg je xtahu...huhu...xpe,, ak xkesah pn...
hmm, xtaw knpe mlm ni tgn aku lju je menekan keybord utk mmbls comment2 di fb, smpi ak lupe yg aku ni xstdy lg, 
tp xpe, ak xkesah pn...byk input yg ak dpt hri ni...

huh, discussion tlg mslh kawanku td pn dh ckup bgus bg ak...ak mmg suke sbb at least mind ak berfungsi utk generate idea,, haih..dah lme xpkir byk2 mcm ni...patutla cam tumpul je...

sebenanye, ak bukan xnak selalu cntct ngn semua kwn2 aku, tp aku fikir, kita ade batas yg perlu di jage, ak xnk lah smpi kita melewati had2 tersebut,,

Islam pn dah gariskan ape yg sepatutnya kita lakukan, n ape yg sepatutnye kite elakkan...sebab tu lah ak kna selalu berhati2 dgn musuh2 Allah yg selalu mnyesatkan kita...

walau ape pn sahabat2, jase kalian xpernah aku lupakn, aku bgga ad tman spt kamu smua,, aku berharap Allah mmbuka ruang utk kita memperbaiki stiap klmhn yg ade dlm persahabatan ini....

jazakumullahul khoir....

Tuesday, January 18, 2011

Assalamualaikum wbt...

salam sayang, salam rindu buat sahabat2ku...

rindu sangat2 pada kalian semua...

hasrat di hati ingin bertemu...tp apakan daya.. masa n keadan mgkin blum mengizinkan...

to all my friend...i miss u so much...i don't know how 2 say...rase mcm nk col semua  org, tp xmampu...lgpn takut ramai yg bz...

hmm...doesn't matter.. i know that u have your own commitment..

kawan2 yg saya hormati, saya xpernah lupa persahabatan kita semua...

lg2 kawan2 yg selalu gelak ketawa n menangis bersama..

kawan2 yg selalu interprate soalan exam bersame..ehem..cari soalan target la tu....

hesh...tp kami xpernah lupa utk study shbis baik...

ya Allah..moga kau bantu urusan kami...amiin...

miss u all the times.....

Monday, January 3, 2011

year 2011~~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

2011, tahun utk aku bermujahadah, melawan nafsu dan syaitan yang membelenggu diri....

Moga allah memberi aku ketabahan dan keteguhan iman utk menempuh segala onak dan ranjau selama berada di sem 2 ini..

Ku mengharap agar Allah memberi kesudahan yang baik dalam setiap urusanku..amiin..

Ya Allah, ampunkan segala dosaku yang lalu..

Ampunkanlah segala kelemahan dan kecacatan yang ada pada diri hambaMu yang lemah ini Ya Allah..

Hanya kepadaMu ku panjatkan kesyukuran ..

dan hanya padaMu ku mohon pertolongan dengan segala kudratMu Ya Allah..

Sesungguhnya Engkau yang maha berkuasa, sedang aku lagi tidak berkuasa,

sedang Engkaulah yang maha mampu mengatur segalanya, sedang aku tidak mampu Ya Allah.

Engkau tunjukkanlah aku, seluruh ahli keluarga serta kaum kerabatku, serta org2 yang sentiasa bersamaku jalan yang lurus serta petunjuk dari hidayah2Mu Ya Allah...

amiin.....

Wednesday, December 22, 2010

~1 tip untuk Qiamul Lail~

assalamaualaikum semua..

Saya baru sahaja selesai membaca artikel yang ditampilkan oleh sahabat blogger saya..
rentetan daripada article yang berkisar tentang topup vs pahala tersebut, beliau ada menyebut tentang...
''kita sanggup berjaga malam demi peperiksaan..tetapi mengapa pula terasa susah bila nak bangun malam untuk mendapat keredhaan Allah..''


ehem..teringat pula saya akan ceramah ustaz shamsul hakim, pensyarah di fakulti quran sunnah, universiti.....................malaysia..ceramahnya tentang persediaan menghadapi Ramadhan telah merungkai kelebihan 'QIAMUL LAIL'..haa.rasenye semua orang tahu apa istemewanya bangun malam ni..tapi,,masih ramai yang tiada kekuatan untuk melakukannya apatah lagi untuk istiqamah dalam mengamalkannya..
baiklah..di sini saya ingin menurunkan tips yang disampaikan oleh ustaz shamsul hakim..

ustaz kata: 'kalau nak bgun malam..elakkan maksiat sebelum tidur..'

apa maksiat yang ustaz maksudkan tu..maksiat banyak ye kawan2..em..antaranya:

1. janganlah kita ber'message' bkn2 sblm tidur..
2. jgn mengumpat sebelum tidur..
3. jgn duk gayut ngn bf/gf kita..
4. jgn tgok tv atau lyan crite yg boleh melalaikan..
5. jgn sembang2 kosong..sembang la yang ilmiah..

ahaa..itulah antara faktor2 yang menyusahkan kita untuk bangun malam..jadi, nasihat saye cubalah elakkan perkara2 tersebut kerana perkara2 itulah yang saya nampak telah menyukarkan diri kita untuk 'QIAMUL LAIL'...

Walau semalas mana pun kita nak bangun..cuba fikir kan penyesalan kita apabila kita melepaskan peluang tersebut..tak menyesal ke bila tadi dah jaga dah..tapi disebabakan perasaan malas tu tadi..kita sanggup tinggal kan qiam..kita sanggup biarkan Allah swt ternanti2 sujud dan tahajjud kita..Allah selalu je rindukan tangisan dan aduan kita..tapi kita sikit pun tak rindu pada Pencipta dan Penolong kita...


Ya Allah....lemahnya kita..
tak pelah kawan2..jom la kita sama2 muhasabah dan perbaiki diri..orang kata kalau kita start amalkan sesuatu tu dalam masa 40 hari berturut2..ia akan sebati dalam diri kita,jadi..mudahlah untuk kita istiqamah kan..ok,,kita try the best ye untuk jadi hamba Allah yang beriman lagi bertaqwa..insyaAllah..amiinn..

p/s: credit utk saiedah..sorry..pinjam gambar ye...thanks=)

~ الحمد لله على كل حال وأستغفر الله على كل ذنب ~
~عفوا على كل حال~

Monday, December 20, 2010

بسم الله الرحمن الرحيم


The journey of a thousand miles begins with a single step.- Loa Tze


maknanye,,apa sahaja yang hendak kita lakukan perlu bermula dengan langkah yang pertama..
cuba fikir..kalau kita nak pergi ke kuliah contohnya..kalau la kita ni tak nak menurunkan step dari katil kesayangan kita tu..boleh ke kita nk sampai ke kelas...em..mesti la tak bolehkan..
nak tau tak..apa saje yang kita nak capai dalam hidup ni..semua nye perlu bermula dengan one desire..'keinginan'..
keinginan sgt pntg dalam konteks kehidupan ..xde keinginan tak tercapailah kejayaan..xde permulaan xterciptalah pengakhiran kcuali kewujudan ALLAH yang maha Esa ye..tiada awal dan tiada pula akhirnye..
hmm..nk crita pasal sem baru yg mendatang xlame lagi ni..
ramai antra sahabat2 yg agak kecewa dgn performance mereka masa sem 1 dulu..ramailah yg menyesal x terkate?
persoalan nye...perlu ke semua penyesalan tu??
jawapan saya..'perlu'..penyesalan mmg perlu utk mnyedari kesilapan kita..mcm tu juga dgn konsep taubat..


taubat nasuha perlukan penyesalan atas dosa yg telah d lakukan..
taubat nasuha juga perlu pd janji utk tdak mengulangi lagi kesalahn tersebut..
taubat nasuha perlu pd keazaman utk memperbaiki diri..


begitu lah kita..nasihat saye utk tman2 yg pernah kecewa dlm hidup..blajar lah dari pengalamn kegagalan anda..sesunggauhnya anda adalah org yg hebat jika anda bisa belajar dr kegagalan diri sendiri dan anda adlah org yg plg hebat sekiranya anda mampu belajar dari kegagalan org lain..


saya fikir...anda perlu tanam azam yg baru.. mintalah pertolongan Allah walau dlm sekecil2 perkara..sesungguhnya Allah sgt luas pintu rahmat nya...


firman allh Taala:
'ادعوني فاستجب لكم'


'mintalah padaku, maka aku perkenankan utk kamu'..
wahai sahabat..saye gembira seandainya kamu mnjadi org yg kuat..
saye tdk meminta kamu utk jadi org hebat yg boleh di pandang tinggi oleh masyarakat.namun..jadilah hamba mujtahid yg dipandang mulia oleh Murabbi kita...kerana sesungguhnya,,


''mukmin yg kuat lbh disayangi Allah berbanding mukmin yg lemah''..


ingatlah sahabat..kekuatanku juga bertaut pd kekuatan2 mu..


wallahu a'lam..


~salam sayang salam mujahadah buat para sahabat~